Saturday, 16 March 2013

BMM3105...P&P Bahasa Melayu Berbantukan Komputer...dedicated to Mr. Che Mat.



1.0 PENGENALAN
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan satu pengajaran dan pembelajaran yang menerapkan pendedahan awal penggunaan komputer kepada murid-murid. Pendedahan ini sangat membantu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang dahulunya lebih kepada cara tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat menarik minat murid terutamanya dalam pengajaran Kemahiran Bahasa.
Pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu.   Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang lebih menyeronokkan.
            Dalam hal ini, profesion perguruan pada alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Walau bagaimanapun dalam bidang pendidikan sekarang, kecanggihan teknologi melalui persembahan multimedianya bukanlah hanya faktor yang boleh menjadikan proses pembelajaran itu berkesan.  
Oleh itu, guru harus mampu mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu. Usaha ini harus dilakukan secara berterusan ke arah melahirkan seorang pelajar yang berfikirkan kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan seperti mana yang terdapat dalam Falfasah Pendidikan Negara.
2.0 KONSEP AUDIO
Audio di dalam sesuatu sistem multimedia boleh merujuk kepada pelbagai jenis seperti rakaman suara, suara latar, muzik, kesan khas audio dan sebagainya. Elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan mantap.
Selain itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi dalam kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian maklumat serta mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik seterusnya menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan.
Kesan audio atau bunyi merupakan salah satu suatu daya penarik yang berkesan untuk menarik perhatian seseorang. Audio di dalam sesuatu sistem multimedia boleh merujuk kepada pelbagai jenis seperti rakaman suara, suara latar, muzik, kesan khas audio dan sebagainya.
Di dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Selain dari itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi di kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian maklumat. Di samping itu juga, elemen audio dikatakan mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan
Audio digunakan untuk membantu penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan, seperti penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. Di samping itu, ia membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan daya tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan. Teknologi audio dalam multimedia memberi kemudahan kepada pelajar untuk memperolehi maklumat yang lebih berkualiti. Teknologi audio boleh menarik minat pelajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan melalui persembahan audio.

3.0 KONSEP VIDEO
Video merupakan gabungan pelbagai media seperti teks, garfik audio dan sebagainya di dalam satu medium. Oleh yang demikian, penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat.
Selain daripada itu, video juga mampu membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosi para penggunanya dengan lebih nyata. Melalui penggunaan video juga, sesuatu penerangan yang perlu dilakukan secara berulang-ulang boleh dilakukan dengan lebih mudah, berbeza dengan alatan ICT yang lain.
Video dapat menyediakan kaedah penyaluran informasi yang amat menarik dan hidup. Ia merupakan sumber atau media yang paling dinamik serta efektif dalam menyampaikan sesuatu informasi. Di samping itu, ia berfungsi sebagai satu sumber penyampaian informasi dan sumber rujukan yang berkesan.
 Di samping itu, video digital menjanjikan satu corak persembahan yang hidup dan menarik bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Unsur video dalam multimedia membawa satu perubahan yang besar di dalam kaedah penyaluran maklumat kepada pelajar. Melalui penggunaan video digital, pelajar lebih mudah mengubahsuai, memanipulasi dan menghubungjalinkan ilmu yang diperolehi menjadi lebih dinamik, hidup dan menyeronokkan.






4.0 KONSEP TEKS
Teks merujuk kepada huruf-huruf yang tersusun bagi membentuk satu makna yang boleh difahami satu makna yang boleh difahami atau membawa pengertian yang tertentu. Ia juga merujuk kepada semua jenis simbol, huruf, abjad, nombor, statistik dan pelbagai jenis tulisan dan fon yang menjadi asas utama bagi penyaluran maklumat masa dahulu dan juga masa kini. Ianya amat penting sekiranya penerangan yang jelas dan menyeluruh diperlukan pengguna dan penggunaan elemen-elemen atau media lain mungkin gagal menyampaikan makna seperti mana yang dikehendaki.
Memandangkan penggunaan teks dalam suatu proses komunikasi maklumat telah lama wujud, ianya sering kali dianggap sebagai satu media tradisi. Namun demikian, penggunaan teks dalam satu sistem multimedia sememangnya merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan kepentingannya. Walaupun terdapat pelbagai elemen media yang bersifat lebih menarik dan dinamik, teks masih lagi diperlukan sebagai salah satu elemen utama dalam proses penyampaian maklumat.
Teks secara amnya merujuk kepada huruf-huruf yang tersusun bagi membentuk satu makna yang boleh difahami atau membawa pengertian yang tertentu. Teks juga merujuk kepada semua jenis simbol, huruf, abjad, nombor, statistik dan pelbagai jenis tulisan dan fon yang menjadi asas utama bagi penyaluran maklumat masa dahulu dan juga masa kini.
Dalam satu sistem multimedia interaktif, teks turut memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan sesuatu informasi kepada pengguna. Ianya amat penting sekiranya penerangan yang jelas dan menyeluruh perlu diberikan kepada pengguna dan penggunaan elemen-elemen atau media lain mungkin gagal menyampaikan makna seperti mana yang dikehendaki.
               


5.0 KONSEP GRAFIK
Grafik boleh merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar, foto, ilustrasi dan sebagainya. Ianya merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.
Penggunaan grafik dikatakan mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan tepat memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual. Grafik juga dikatakan mampu membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat dengan lebih tepat dan berkesan.
Penggunaan graf atau carta misalnya mampu memaparkan peningkatan atau penurunan jumlah jualan bagi sesebuah syarikat dengan lebih berkesan berbanding penggunaan teks atau jadual semata-mata. Grafik juga mampu menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian maklumat lebih menarik dan mampu memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan
Grafik digunakan bagi memberi penekanan secara visual terhadap sesuatu persembahan informasi. Ia membantu dalam menerangkan sesuatu informasi secara lebih berkesan serta menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian informasi lebih menarik dan hidup. Disamping itu, grafik juga merupakan penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks.
Penggunaan grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang cepat, jelas, tepat dan konsisten terhadap pelajar. Grafik seperti lukisan, gambar foto atau carta misalnya amat membantu di dalam menyampaian sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif. Visualisasi merupakan antara proses yang penting dalam komunikasi maklumat dan grafik untuk penyampaian maklumat melalui proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan multimedia.


6.0 KONSEP LAMAN WEB
Satu atau lebih fail atau lebih dikenali sebagai mukasurat (page) yang disimpan dalam server komputer. Capaian adalah menerusi Internet. Setiap Web site mempunyai muka surat pertama yang disebut “Home Page” yang memaparkan maksud laman Web tersebut. Mukasurat-mukasurat ini kemudian disambung antara satu sama lain membentuk satu rangkaian yang berakhir dengan persembahan maklumat kepada pelayar Web. Laman Web lebih sukar untuk dikemaskini dan kebiasaannya ia memaparkan maklumat-maklumat berbentuk stati
Alamat laman web merupakan teknik dimana sesebuah laman web boleh diakses dengan menggunakan alamat yang mudah untuk diingati. Alamat laman web juga dikenali sebagai domain name.Jika alamat surat menyurat di kawal oleh organisasi seperti POS Malaysia siapa pula yang mengawal pendaftaran alamat laman web? Alamat-alamat laman web diseluruh dunia dikawal oleh sebuah organisasi yang dinamakan ICANN singkatan untuk Internet Corporation for Assigned Names and Numbers.ICANN merupakan sebuah organisasi yang memastikan tidak ada pertindidihan diantara pendaftaran nama laman web-laman web diseluruh dunia. Untuk mendaftarkan alamat laman web yang memberikan kemudahan pendaftaran .com anda boleh menggunakan kemudahan pendaftaran seperti di www.easyspace.com atau www.godaddy.com.
Kos pendaftaran bergantung kepada pihak yang melakukan proses pendaftaran tersebut. Untuk nama yang tidak popular ianya mungkin bermula dari USD10 kepada USD20.Apabila proses pendaftaran dilakukan ianya akan diletakan secara sementara diserver pembekal, server ini dinamakan DNS server. Setiap pembekal kemudahan pendaftaran alamat laman web biasanya akan memberikan kemudahan ini yang juga dikenali sebagai domain parking secara percuma. Ini bermakna anda boleh mendaftar untuk mendapatkan domain anda sendiri tanpa perlu mewujudkan laman web terlebih dahulu.


7.0 KEPENTINGAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

            Menurut (Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2003:2) definisi multimedia adalah subjektif. Ia sering diberi pengertian ataupun tafsiran mengikut kaca mata individu ataupun kumpulan tertentu. Sebagai contoh, pengertian multimedia yang diberikan oleh orang yang terlibat dalam bidang hiburan mungkin berbeza dengan pengertian multimedia yang diberikan oleh orang yang terlibat dalam pendidikan.
Multimedia membawa pengertian kepelbagaian media.(Vivi Lachs, 2004:4) Ia adalah integrasi pelbagai media termasuk teks, audio, grafik, video, animasi berbentuk digital yang disampaikan melalui mikropemproses pada peranti paparan. ( Rozinah Jamaludin, 2005:4) Ia bukan sahaja boleh ditayangkan di paparan skrin komputer tetapi boleh juga disambungkan ke monitor televisyen atau ditayangkan di paparan skrin komputer di kalangan pengguna dengan mengunakan komputer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan proses pembelajaran secara signifikan dan menghidupkan suasana maklumat. (Ismail Zain, 2002:25)

7.1  Kepentingan  dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Dalam era globalisai kini penggunaan teknologi semakin meluas terutamanya di dalam bidang teknologi media. Sebagaimana yang kita lihat pada hari ini, pelbagai aplikasi multimedia yang telah digunakan seperti dalam bidang pendidikan hiburan, belian atas talian, pengiklanan, penerbitan elektronik, perubatan,politik dan kerajaan Multimedia merupakan satu teknologi yang menggabungkan pelbagai sumber maklumat media seperti teks, grafik, bunyi dan sebagainya
Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenal serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih bermakna. Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbentukan komputer telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian ramai.
Perkembangan dalam teknologi multimedia pula menjanjikan potensi besar dalam mengubah cara seseorang belajar. Cara memperolehi maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat dan sebaginya. Ia juga memberi peluang kepada para pendidik mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran. Sumber maklumat serta rujukan bukan lagi terikat dengan teks dari buku semata-mata tetapi lebih luas dari itu.
            Kewujudan teknologi multimedia menerusi internet menambahkan lagi kemampuan proses capaian maklumat di mana setiap maklumat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan boleh dicapai dengan lebih mudah dan pantas. Kehadiran komputer serta teknologi moden yang berkaitan dengannya di dalam bidang pendidikan mampu membantu meringankan beban serta kekangan yang sedia wujud di dalam pembelajaran tradisi.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam berbentukan komputer, penggunaan komputer adalah menumpu kepada cara dan strategik persembahan maklumat yang digunakan bagi memindahkan ianya kepada ilmu pengetahuan yang bermakna serta bermanfaat. Teks isi pelajaran yang panjang boleh diringkaskan dengan menggunakan media-media yang lebih menarik.
            Dalam program Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru dilaksanakan, pembelajaran Bahasa Melayu yang berkesan dikaitkan dengan penggunaan alat dan bahan yang sesuai, terutamanya yang boleh dilihat, didengar, dirasa, dihidu dan disentuh oleh murid. Mereka boleh mengalami sendiri apa yang disampaikan oleh guru. Ini membuatkan mereka lebih memahami dan apa yang difahami itu pula akan lebih kekal dalam stor ingatan mereka.
Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran termasuklah pengetahuan dan nilai-nilai. Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk menyampaikan pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan.Kesemua sumber, jika digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan bertindak sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna. Dengan cara ini, murid akan dapat belajar dalam situasi yang berkesan.
Penggunaan sumber penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Hal ini kerana sumber boleh membantu guru menjelaskan isi pelajaran kepada murid dan membantu murid memahami apa yang diajar oleh guru. Sumber pengajaran dan pembelajaran bertindak sebagai media komunikasi, rangsangan, penjelas makna, penggerak pelbagai deria, sumber pengalaman, unsur yang mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta pendorong kepada pengajaran terancang.

7.1.1 Media komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Komunikasi melibatkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Proses pengajaran dan pembelajaran juga merupakan satu aspek komunikasi kerana pembelajaran berlaku melalui penyampaian dan penerimaan maklumat. Maklumat-maklumat itu disalurkan melalui media tertentu seperti media cetak dan tayangan video. Media inilah yang menjadi sumber pengajaran. Filem video ialah satu alat komunikasi yang boleh digunakan dengan baik di dalam bilik darjah. Tayangan peristiwa dan pemandangan yang sebenar akan membolehkan murid-murid tahu tentang peristiwa-peristiwa tersebut dengan lebih dekat dan jelas.

            Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah, guru bertindak sebagai pengirim atau penyampai maklumat dan penerimanya ialah murid. Sementara mesejnya ialah maklumat, fakta, konsep, kemahiran atau nilai yang disampaikan. Sumber ialah saluran atau media yang digunakan untuk menyampaikan maklumat tersebut.

7.1.2 Rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Murid akan lebih berminat belajar tentang sesuatu tajuk sekiranya dia dapat melihat, mendengar atau menyentuh objek yang menjadi isi pelajaran. Dengan adanya bahan rangsangan ini, murid akan dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih mendalam lagi. Oleh itu mereka dapat mengeluarkan idea dengan lebih cepat dan bermakna. Bahan merupakan satu faktor utama bagi mempelbagaikan rangsangan murid di samping mengalihhalakan tumpuan mereka kepada perkara-perkara yang menarik, bermakna dan penting dalam pembelajaran.

7.1.3 Penjelasan makna dan konsep dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Dalam pengajaran sesuatu topik, terdapat perkataan dan frasa yang maknanya tidak dapat dihurai dengan perkataan sahaja. Maknanya akan lebih jelas jika diterangkan dengan contoh-contoh tertentu yang memerlukan bahan audio visual atau kedua-duanya sekali. Bahan-bahan ini boleh digunakan di dalam atau di luar bilik darjah seperti siaran langsung atau rakaman peristiwa-peristiwa sebenar melalui radio dan televisyen.Penerangan guru yang diiringi dengan bahan yang dipilih dengan rapi dan sesuai dapat memperkembangkan corak pemikiran murid serta membantu mereka memahami sesuatu dengan lebih jelas


7.1.4 Penggerak penggunaan pelbagai deria dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Secara semulajadi, kita belajar melalui berbagai-bagai deria iaitu rasa, dengar, lihat, sentuh dan bau. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga, guru perlu menggunakan berbagai-bagai bentuk dan jenis bahan supaya deria-deria ini boleh digunakan.

            Kajian telah menunjukkan bahawa manusia mengingati 10% daripada apa yang mereka dengar sahaja, 20% daripada apa yang mereka lihat sahaja dan 65% daripada apa yang mereka dengar dan lihat.Kajian ini jelas membuktikan bahawa lebih banyak deria dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran, lebih teguh pula daya ingatannya. Untuk memastikan apa yang disampaikan itu kekal lama dalam ingatan murid, guru patut mempelbagaikan bahan pengajaran.

7.1.5 Sumber pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Terdapat bahan yang memberikan pengalaman secara langsung dan tidak langsung kepada murid. Alam sekitar boleh memberikan pengalaman langsung. Contohnya, apabila murid membuat lawatan ke sesuatu tempat, dia akan memahami dan mengetahui apakah bahan maujud yang ada di situ, di samping mengetahui proses menghasilkan bahan-bahan tersebut.  Misalnya semasa melawat ke ladang getah, murid-murid dari bandar boleh melihat pokok getah, daunnya, buahnya dan bagaimana susu getah diperoleh dan kemudian diproses menjadi getah keping untuk dipasarkan. Bahkan mereka juga mungkin dapat mengalami sendiri pekerjaan tersebut.Pengalaman ini akan memberi kesan yang mendalam kepada proses pembelajaran murid-murid tersebut.

Kita lebih banyak belajar melalui pengalaman sendiri daripada maklumat yang diberi oleh orang lain. Murid-murid juga akan lebih memahami dan mengingati pelajaran yang diterima sekiranya mereka diberi peluang untuk mencuba, mengkaji dan meneliti bahan-bahan yang digunakan.Filem, video atau gambar boleh mengayakan pengalaman seseorang murid. Misalnya, semasa menonton tayangan filem tentang kejadian dan perubahan musim di negara beriklim sejuk dengan pemandangan yang berlainan, murid-murid akan berasa seolah-olah mengalaminya sendiri. Ini akan meningkatkan dan mengukuhkan pemahaman mereka tentang perubahan musim yang mereka tidak pernah mengalami secara langsung.


7.1.6 Kepentingan sumber mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Setiap bahan mempunyai cara penggunaannya yang tersendiri. Ini memberi kesan terhadap kaedah dan teknik pengajaran. Dengan menggunakan berbagai-bagai bahan yang ada, kaedah dan teknik pengajaran juga boleh dipelbagaikan. Kemahiran yang sama boleh dikuasai mengikut cara dan teknik yang berlainan berdasarkan jenis alat dan bahan yang digunakan. Misalnya pengetahuan tentang alam sekitar boleh disampaikan melalui tanyang video, teks bacaan atau pengalaman langsung murid.
             





8.0 LANGKAH PENGAWASAN PENYALAHGUNAAN KOMPUTER.

Kepesaatan pembangunan negara dan kecanggihan teknologi moden masa kini memberi banyak ruang untuk pembangunan teknologi maklumat. Ketika ini, kita mempunyai sekurang-kurangnya tiga saluran utama sumber maklumat: media cetak yang merangkumi penerbitan majalah, surat khabar, risalah dan pelbagai bahan cetak lain; media penyiaran yang merangkumi radio dan televisyen dan yang terbaru media 'siber' yang merangkumi saluran Internet.

Negara kita yang sedang pesat membangun kini melangkah ke era 'siber'. Saluran Internet telah diperkenalkan sebagai satu alternatif kepada sumber maklumat yang dahulunya dimonopoli oleh media cetak dan penyiaran. Internet dikenal pasti oleh generasi muda sebagai satu saluran yang mudah, murah serta terkini. Setiap pengguna atau pelawat ke laman-laman 'web' yang melingkari teknologi tiada batasan ini akan dapat menikmati maklumat terkini sambil menyumbang secara langsung bahan-bahan mereka sendiri untuk penyebaran menerusi saluran yang sama.

Saluran Internet yang membuka ruang penyebaran maklumat yang begitu luas dan bebas terbukti kini turut dipergunakan sebagai saluran untuk menyebarkan maklumat-maklumat yang sangat diragukan kesahihan atau ketepatannya. Internet merupakan saluran yang ketika ini seolah-olah mempunyai satu kebebasan dari apa jua klausa dan peruntukan perundangan untuk menapis sesuatu bahan sebelum disebarkan. Justeru, saluran Internet sebagai perantaraan atau 'medium' yang tidak mempunyai sebarang mekanisme tapisan amat terbuka kepada penyalahgunaan, baik dari segi penyampaian maklumat palsu mahupun penyebaran fitnah, tuduhan tidak berasas atau cerita-cerita sensasi yang dapat menarik minat pengguna mahupun pelawat ke laman-laman web di Internet.


            Keadaan ini tentunya mewujudkan satu dilema, sama ada kita bersedia berpeluk tubuh dan meredhakan pembentukan sebuah masyarakat yang persepsi dan pemikiran mereka dipengaruhi dan diasaskan atas bahan palsu dan fitnah. Kini terdapat perbezaan ketara di antara amalan media cetak serta media penyiaran yang menghormati tanggungjawab sosial dan moral dalam penyiaran atau penerbitan sesuatu maklumat berbanding dengan saluran Internet yang begitu bebas menyebarkan maklumat tanpa sebarang pengawasan dan penapisan. Sangatlah aneh apabila bahan berita yang disiarkan secara bertanggungjawab oleh media cetak dan media penyiaran dianggap tidak credible sedangkan cerita-cerita serta maklumat sensasi serta panas yang diperoleh melalui saluran Internet begitu mudah diterima kesahihannya.

            Adalah membahayakan apabila masyarakat kini mula disemai dengan budaya yang mempercayai dan menerima bahan-bahan berita palsu sebagai sesuatu yang sahih dan tepat tetapi menganggap sumber berita dari saluran yang bertanggungjawab sebagai palsu.' Apatah lagi jika bahan-bahan yang disiarkan dalam laman-laman Internet itu membawa cerita-cerita sensasi yang sealiran dengan fahaman atau ideologi seseorang atau sesuatu gerakan. Disebabkan ketaksuban kepada sesuatu aliran pemikiran dan fahaman, maka para pelawat ke laman-laman web di dalam Internet menelan bulat-bulat segala isi kandungan dan bahan yang terkandung di dalamnya jika bahan-bahan tersebut dianggap secocok dengan aliran pemikiran dan fahaman mereka.

            Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan amatlah membimbangkan dari segi pengaruh terhadap pembentukan budaya sebuah masyarakat berilmu yang sepatutnya diasaskan kepada fakta dan kebenaran. Amatlah tidak sihat apabila masyarakat terutama generasi muda dan remaja mula diracuni fikiran hingga menolak kebenaran semata-mata kerana bahan berita tersebut disiarkan atau diterbitkan oleh media yang mematuhi syarat-syarat perundangan tetapi tanpa ragu memamah apa juga bahan yang dipaparkan dalam laman-laman web. Bagaimanakah nanti rupa bentuk warga di negara kita di masa hadapan yang tidak lagi berupaya membuat pertimbangan rasional berdasarkan ilmu dan fakta yang tepat dan betul.

             Langkah-langkah pembetulan yang berkesan perlu dilaksanakan segera untuk membendung gejala kurang sihat disebabkan penyalahgunaan perkembangan teknologi komunikasi kini. Adalah penting diberikan perhatian supaya warga di negara ini tidak dibiarkan tenggelam dalam gelombang fitnah.

            Oleh itu didikan sempurna serta garis panduan harus diberikan terutama sekali kepada generasi muda supaya mereka dapat membezakan di antara kebenaran dan kepalsuan. Pemikiran generasi muda harus dipersiapkan supaya tidak mudah dikaburi oleh bahan-bahan tidak bertapis atau berasas yang disebarkan tanpa batas menerusi saluran Internet. Ibu bapa dan masyarakat dewasa, para pendidik dan mahaguru, para ilmuan dan ulama, malah setiap warga yang memiliki kesedaran bertanggungjawab untuk membimbing generasi muda kita supaya mempunyai keupayaan membezakan antara kebenaran dan kepalsuan.

            Kealpaan masyarakat terhadap risiko membiarkan gejala tidak sihat di Internet berterusan hanya akan merugikan masyarakat serta negara. Dikhuatiri masyarakat berilmu dengan kekuatan mental yang cekal tidak dapat dibentuk. Apakah kita sanggup meredhakan warganegara kita khususnya generasi muda kita dewasa dalam budaya yang tidak bersandarkan fakta dan kenyataan? Sanggupkah kita membiarkan mereka mempunyai prasangka terhadap kebenaran tetapi mudah menerima fitnah? Nyatalah saluran Internet laksana senjata bermata dua .Jika dipersalahgunakan boleh membunuh diri sendiri. Oleh itu adalah penting untuk setiap warga disedarkan tentang pentingnya memahami objektif secara rasional. Warga yang dikurniakan akal dan fikiran tidak harus merelakan diri untuk dijadikan abdi kepada penyalahgunaan teknologi komunikasi.

8..1 Pengawasan penggunaan internet terhadap anak-anak.

Penggunaan internet sudah sangat membudaya di setiap kalangan masyarakat. Internet boleh diakses oleh anak-anak  sehingga orang dewasa.Semua golongan boleh mengambil informasi yang tersedia diinternet. Setiap golongan mempunyai keperluan informasi yang berbeda-beda. Misalnya, bagi golongan anak-anak maupun remaja informasi yang seharusnya dicari adalah tentang dunia pendidikan, akan tetapi mereka masih dapat mengakses informasi yang semestinya tidak boleh didapatkan atau diakses.Selain itu juga masih banyak informasi  di internet yang mengandungi nilai-nilai negatif, yang bolehmerusak moral anak-anak dan remaja.Oleh sebab itu kita perlu mengadakan pengawasan secara teratur.

8.1.1Cara pengawasan terhadap anak :

1. Atur posisi komputer yang memiliki sambungan internet di ruang terbuka. Jangan di bilik anak agar kita dapat mengawasi aktivitas internet yang dilakukan mereka.

2. Terapkan aturan khusus untuk akses internet, misalnya tidak boleh melayari internet di luar rumah  

3. Pasang software khusus dan sesuai di komputer anda sekaligus mengaturkan penggunaan internet secara berjadual.

4. Jadilah kawan mereka di dunia maya, baik itu di Facebook, Twitter atau  jejaring lainnya. Kenali juga kawan-kawan anak Anda, terutama yang sering berinteraksi di dinding akaun mereka.

5. Beri penjelasan dan kesedaran kepada anak untuk tidak mencerobohi laman peribadi di web sosial untuk menghindari kejahatan internet yang melibatkan anak.

6. Jika memanfaatkan ruang chatting, beritahu kepada anak untuk tidak menyertakan nama aslinya.

7. Beri peringatan dan nasihat kepada anak untuk tidak menerima kenalan dari orang dewasa yang tidak memiliki hubungan apapun. Jika ingin berkenalan dengan orang baru, usahakan yang berkaitan dengan pembelajaran di sekolah sahaja.

 8. Satu lagi yang dapat dilakukan dengan software khusus tersebut adalah orang tua boleh mengatur waktu anak dalam mengakses internet. Caranya adalah dengan memasukkan jadual harian untuk akses internet ke dalam software. Setelah layanan ini diaktifkan, maka anak tidak akan dapat mengakses internet di luar jadual yang sudah ditentukan olehibu bapa.


9.0 KESIMPULAN
Penggunaan ICT di dalam pendidikan selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Pembangunan pendidikan pada abad ke-21 di negara kita menjadi lebih kompetitif dimana Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi mengantarabangsakan kualiti pendidikan. ICT, menjadi pemangkin kepada perkembangan pendidikan bertaraf dunia yang menjadi impian Malaysia.
Guru bukan sahaja merupakan sumber inspirasi kepada murid-murid, malah guru-guru menjadi pendorong kepada kejayaan dan kemajuan murid. Teknologi perlu dilihat sebagai satu alat dan bukan segala-galanya yang boleh mengambil peranan penting seseorang guru. Guru diperlukan untuk mencorakkan perkembangan pelajar kerana tugas ini tidak boleh dilakukan oleh teknologi walau secanggih mana sekalipun teknologi boleh mencorakkan pembelajaran.

            Pembelajaran juga memerlukan hubungan manusia dan manusia serta sentuhan guru terhadap murid. Peranan guru yang berterusan sebagai seorang pakar untuk membimbing, mendorong, membina keyakinan, menunjuk ajar, menangani masalah pembelajaran, mengembang kemahiran diri, dan sebagainya tidak ambil alih oleh teknologi.dalam menangani arus ledakan teknologi ini guru harus mempertingkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan, meluaskan peranan guru dalam membantu dan membimbing murid-murid serta membantu guru meningkatkan usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan yang diberi kepada murid-murid seterusnya berjaya membangunkan modal insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Konsep pembelajaran sepanjang hayat menjadikan ICT sebagai medium yang paling berkesan ke arah merealisasaikan impian tersebut. Apa lagi dalam usaha kerajaan untuk  memperkasakan pendidikan di Malaysia dalam usaha melahirkan bangsa Malaysia glokal berminda kelas pertama dalam menyahut Sembilan Cabaran Wawasan 2020.



10.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )
Mata pelajaran          : Bahasa Melayu
Tahun               :            4 Tabligh
Bilangan Murid          : 32 orang
Tema                           :  Kebudayaan
Tajuk                           :  Perayaan di Malaysia
Tarikh                         :   02 Februari 2013
Masa                          :   60 minit
Objektif             :            Pada akhir pelajaran murid dapat;
                          1.Murid dapat menyatakan tentang pengalaman mereka menyambut                        perayaan secara  lisan.
2.Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai   perayaan di              Malaysia.
3.Murid dapat menulis karangan pendek tentang perbezaan perayaan  di Malaysia dengan  menggunakan ayat majmuk yang betul.
 Hasil Pembelajaran:
            1.1 berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan       
              menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang sesuai.
Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami den didengar dengan
            menggunakan bahasa yang sesuai.
           
 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul
        dan memahami petikan yang dibaca.
Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan  pada intonansi   berdasarkan tanda baca.

8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu
       penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat
             majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.
 
Kemahiran Bahasa           : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.
Sistem Bahasa                 : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan     intonansi.
Ilmu                                      : Bahasa Melayu, Kebudayaan
Nilai                                     : Kesenian, menghayati, menghormati dan menghargai.
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir          :   Membuat perbezaan, menbuat inferens, dan kemahiran      
                                              mengkategori.
Kemahiran Belajar            : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
Kecerdasan Pelbagai       : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi.
Pengetahuan Sedia Ada   : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman
                                                mereka mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia     
   BBM                                 : Power point, buku latihan dan alat tulis.
 




Isi  Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Set Induksi (5 Minit)
Murid diperdengarkan  audio .
Kemudian murid ditayangkan
power point yang berkaitan dengan
jenis-jenis perayaan yang  terdapat
 diMalaysia

i)Murid diminta mendengar dan meneka audio yang diperdengarkaan.
ii)murid diminta untuk melihat paparan
power point dan menghayatinya.
ii)Bersoal jawab tentang  jenis perayaan
iii) Penerangan guru tentang slaid dan audio  dengan pelajaran .


KB : menghubungkait,
inferens
BCB: menonton dengan
aktif
BBM : power point.Audio.


Langkah 1 (15 minit)
 
Guru memberi kan teks cerita yang
bertajuk“Perayaan Di  Malaysia”
melalui power point.


i)murid dikehendaki untuk mengelik salah satu pautan yang disediakan.
ii)murid diminta membaca petikan itu secara individu dengan kuat dan mengikut intonansi serta gaya yang betul.
iii)murid-murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami petikan tersebut.
iv)Bersol jawab tentang isi  petikan..        

KB : membuat inferens
BCB : i) membaca dengan
             Intonansi yang betul.
           ii) mendengar dengan aktif.
BBB : teks cerita, power
point
 


Langkah 2 (15 minit)
 
Murid  perbincangan dalam kumpulan
 dan  membentangkan  hasil dapatan     melalui powerpoint.


i)murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
ii)murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan.
iii)murid dikehendaki  mencatat
perbezaan antara perayaan yang
terdapat di Malaysia  dalam carta grafik.
iv)Muid diminta membentangkan  kepada rakan--rakan.
v)Bersoal jawab tentang soalan yang berkaitan dengan tajuk dan pengetahuan sedia ada mereka.

KB : menghubungkaitkan,
menjana idea
BCB : memproses
maklumat dan melaporkan
maklumat.
KP : verbal linguistik,visual,
intrapersonal, interpersonal
Nilai : kerjasama, hormat-menghormati
 
BBM: Power point.
  

Langkah 3 (20 minit)
Guru memberilatihan kepada  murid-murid.
Aktiviti Menulis karangan Pendek.


i)Murid terlebih dahulu diberi penerangan dan panduan untuk menulis karangan pendek.
ii)Murid  diberi latihan  iaitu membuat karangan pendek mengenai perbezaan perayaan di Malaysia.
iii)Murid yang  lemah dibimbing oleh guru    untuk menulis cerita pendek.


KB : menjana idea,
menghubungkaitkan,
membuat inferens.
BCB : mengumpul,
memproses, mencatat dan
melaporkan maklumat.
KP :
intrapersonal;interpersonal,
visual, verbal-linguistik.
Nilai : bekerjasama, menghargai,.
BBM : kertas latihan

Penutup (5 minit)  
Rumusan guru mengenai pengajaran yang telah diajar dan menanyakan soalan kepada murid akan apa yang mereka telah pelajari.
Guru juga menanyakan nilai - nilai
murni yang  terdapat  dalam slaid yang ditayangkan.

i)murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut.
Nilai-nilai murni :
-Menghargai
-Bersyukur
-Menghormati


KP : intrapersonal;interpersonal, visual, verbal-linguistik.
Nilai : bekerjasama,
menghargai,.
BBB : Gambar .





11.0 REFLEKSI
Syukur saya ke hadrat kepada Allah, kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan BMM3105 ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian.
Pada mulanya, apabila menerima tugasan ini, saya agak keliru tentang kehendak soalan .Saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini.   Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan melalui internet,buku rujukan dan nota semasa interaksi bersama pensyarah pembimbing.
 Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer merupakan pelajaran yang amat  menarik jika guru pandai menggunakan teknik yang sesuai. Banyak perkara menarik boleh dipelajari oleh guru.Kepakaran yang diperolehi dapat membantu guru dalam pengajaran di bilik darjah.Untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan,guru perlulah menggunakan pelbagai kaedah dan teknik untuk menyampaikan maklumat dengan berkesan dan menarik minat dan tumpuan murid untuk meneroka dan meningkat kefahaman terhadap topik yang diajar. 
            Berbagai maklumat dan input yang berguna saya peroleh melalui tugasan yang diberikan ini.Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah yang telah banyak membantu   saya dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang sudi berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan….Alhamadulillah, jaza’ kumullah kharan jaza’…wassalam.






11.0 BIBLIOGRAFI

1. Profesionalisme Keguruan Prospek Dan Cabaran, Abdul Rahim bin Abdul Rashid,     DBP KL.2005
2. Rancangan Malaysia Ke – 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006 – 2010 Edisi pelancaran.KPM, 2006
3. Multimedia Konsep dan Praktis, Jamalludin bin Harun, Zaidatun bt.Tahir, Venton Publishing, Jun 2005